Kenapa masih pertikaikan penyelidikan akademik universiti?

Kenapa masih pertikaikan penyelidikan akademik universiti?

AHLI akademik kita hanya biasa bercakap mengenai bioteknologi berunsurkan kejuruteraan genetik tetapi setelah lebih 25 tahun membuat kajian hasilnya belum menjadi kenyataan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CERITA hasil penyelidikan universiti tempatan yang tidak membantu pihak industri di suarakan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. Profesor itu menyatakan kononnya pihak universiti tempatan banyak menghasilkan penyelidikan tetapi tak berapa banyak diterima oleh pihak industri.

Beliau memberi alasan kekurangan peruntukan selain memohon menambah jumlah peruntukan sedia ada.

Nampaknya kita masih terperangkap dalam kancah ‘sombong’ ilmu. Antara contoh kesombongan pakar akademik kita ialah terhadap teknologi Mikrob Baik (EM). Tiga kali Dr. Teruo Higa dari Okinawa, Jepun datang ke sebuah universiti awam tempatan untuk memperkenalkan teknologi ini tetapi hingga ke hari ini Malaysia belum menerimanya secara rasmi. Walhal negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Belanda, Denmark, Jerman, Korea, China ,Rusia dan banyak lagi telah menerima Teknologi EM untuk pelbagai kegunaan.

Di Malaysia hanya Melaka yang menerima pakai EM, dan itupun dengan syarat penternak melakukan semburan EM sebulan ke atas tahi binatang ternakan sahaja untuk mengawal bau.

Malaysia masih berada jauh di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia dalam bidang pertanian serta ternakan kerana masih bergantung kepada penggunaan baja kimia dan racun kimia yang merosakkan tanah selain turut mencemarkan sungai, laut dan udara. Pastinya juga wujud kesan buruknya kepada kesihatan manusia dan hidup hidupan lain.

Bila sebatang sungai di Johor tercemar, pihak berkuasa khabarnya mengeluarkan belanja RM10 juta untuk kerja-kerja pembersihan. Saya pernah memberi ulasan bahawa kita tidak perlu berbelanja begitu besar dan mengejar syarikat yang bertanggungjawab untuk dikenakan denda kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai.

Kita mampu membersihkan sungai berkenaan melalui kolaborasi antara komuniti penduduk tempatan dan pihak pengusaha kilang yang bertanggungjawab. Malangnya kita tidak mampu memanfaatkan teknologi secara situasi menang-menang.

Untuk makluman, Teruo Higa ialah seorang profesor Jepun yang menghasilkan Teknologi EM. Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku untuk menerangkan penemuan hasil kajiannya, termasuk dua buah buku terjemahan yang saya gunakan sebagai rujukan, An Earth Saving Revolusion dan Our Future Reborn. Peliknya kedua-dua tajuk buku tersebut tidak ada dalam senarai bahan bacaan di kedai-kedai buku terkemuka di Malaysia.

Ahli akademik kita hanya biasa bercakap mengenai bioteknologi berunsurkan kejuruteraan genetik tetapi setelah lebih 25 tahun membuat kajian hasilnya belum menjadi kenyataan.-UTUSAN

DATUK SYED ALWI NORDIN
Bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×