Tujuh beradik masak sendiri, tidak ke bazar - Utusan Malaysia

Tujuh beradik masak sendiri, tidak ke bazar

TUJUH beradik yatim piatu berbuka puasa dengan makanan yang dimasak sendiri untuk berjimat. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tujuh beradik yatim piatu di sini menjadikan ketibaan Ramadan kelmarin sebagai peluang untuk berjimat semasa ber­belanja demi memastikan per­belanjaan mereka mencukupi.

Kakak sulung yang bertanggungjawab menjaga enam adik­nya, Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 20, berkata, sejak kematian ibu bapa, dia dan adik-adik­nya mengharapkan bantuan pelbagai pihak untuk menampung perbelanjaan harian.

Bapa mereka, Mohd. Azman Tabri, 42, meninggal dunia pada 2019 dan pada Jun 2022, ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, pula meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Sejak kehilangan kedua-dua orang tua, tujuh beradik itu dibantu pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) manakala rumah mereka disewakan oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Katanya, bulan Ramadan me­rupakan peluang terbaik untuk berjimat iaitu dengan memasak di rumah, selain hanya boleh makan pada sebelah malam sahaja.

“Kalau ke bazar nanti, macam-macam yang hendak dibeli dan kalau banyak juadah yang dibeli ini mungkin akan menyebabkan pembaziran, jadi lebih baik saya masak sendiri untuk adik-adik,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Bahagia di sini.

Selain Nurallesyah Balqis, adik-beradik itu ialah Nur Alleyana Darwina, 17; Nurallesyazwani Sofea, 15; Nurallyqalesyah Damia, 13; Nurallyfarisyah Najwa, 11; Nurallyshafirah Umairah, 9, dan adik bongsunya, Muhammad Harraz Erfan berusia tujuh tahun.

Kisah tujuh beradik itu menjadi perhatian apabila mereka enggan berpisah atau ditempatkan di ke rumah anak yatim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×