Wanita tikam teman lelaki curang direman 6 hari

Wanita tikam teman lelaki curang direman 6 hari

AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang wa­nita direman selama enam hari sehingga 17 Mac bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia ketika menerima ra­watan dekat Hospital Cyberjaya, semalam.

Suspek berusia 26 tahun itu dipercayai melakukan menikam mangsa menggunakan pisau berdasarkan kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kiri yang dikesan oleh seorang doktor di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor berkenaan yang mendakwa menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, pesakit seorang lelaki didapati dibawa dari sebuah klinik swasta ke hospital berkenaan sebelum doktor itu memberikan ra­watan kecemasan, namun dia tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Pengadu (doktor) bertindak membuat resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam masa 30 minit, tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi pada mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia pada 7.25 pagi akibat kecede­raan luka tikaman,” katanya kepada pemberita semalam.

Jelasnya, berdasarkan mak­lumat pengadu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuat tangkapan terhadap wanita berkenaan di kawasan hospital sama.

“Hasil semakan suspek yang ditangkap adalah warga tempatan merupakan bekas pelajar perubatan yang be­kerja sebagai model sambilan. Suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian tikaman di­percayai berlaku dekat rumah sewa mereka berpunca daripada sikap cemburu ke­rana mangsa sebagai juru­gambar sambilan dikatakan berlaku curang kepada suspek,” ujarnya.

Justeru, Ahmad Ridhwan memaklumkan polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat insiden tersebut dan kes disiasat dibawa Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat separang spekluasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala langat di talian 03-31872222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×