JKR laksana 2,118 projek fizikal pembinaan setakat 31 Dis. lalu

JKR laksana 2,118 projek fizikal pembinaan setakat 31 Dis. lalu

ALEXANDER Nanta Linggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rak­yat diberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan sebanyak 2,118 projek fizikal pembinaan, setakat 31 Disember tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merangkumi seba­nyak 589 projek dalam peringkat pra-pembinaan; 772 projek sedang dalam pembinaan dan 757 projek telah siap.

Bagi projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naik taraf (PPUN) pula, beliau berkata, sebanyak 9,349 bila­ngan kerja bernilai RM3.42 bilion telah dilaksanakan oleh JKR pada 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tahun 2023, Jabatan Kerja Raya telah berjaya mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) sebanyak 315 projek dengan nilai RM5.515 bili­on.

“Sebanyak 182 projek de­ngan nilai RM4.63 bilion telah berjaya disiapkan,” katanya se­masa menggulung Usul Men­junjung Kasih Titah Diraja peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Rakyat semalam.

Pada masa sama, Alexander berkata, hanya 21 projek atau 2.8 peratus berbanding 730 projek dalam peringkat pembinaan pada tahun lepas diklasifikasikan sebagai projek sakit.

Menurutnya, ia menunjukkan jumlah projek sakit ha­nyalah kecil berbanding projek yang sedang aktif dan telah disiapkan.

“JKR sentiasa memantau projek sakit ini dan mengambil langkah-langkah intervensi untuk menyelamatkan projek-projek ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini