ASNB lancar RIA untuk memudahkan akses pelaburan

ASNB lancar RIA untuk memudahkan akses pelaburan

ASNB memperkenalkan Penasihat Pelaburan Robo (RIA), satu ciri baharu dalam aplikasi myASNB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan Penasihat Pelaburan Robo (RIA), satu ciri baharu dalam aplikasi myASNB, yang direka untuk menjadikan pelaburan mudah dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia. 

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataannya berkata, RIA dilancarkan untuk menangani cabaran umum apabila membuat keputusan pelaburan selain memperkasakan individu dari semua lapisan masyarakat.

Katanya, ini untuk  mengawal dan bertanggungjawab terhadap masa depan kewangan mereka dengan pengalaman pelaburan yang mesra pengguna dan diperibadikan. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman berkata, RIA menandakan satu langkah penting ke arah menjadikan pelaburan lebih inklusif dan mudah diakses oleh pelanggannya. 

“Inisiatif ini jelas mencerminkan matlamat baharu PNB ‘untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

“Dengan pengenalan RIA, pelaburan adalah semudah satu sentuhan, memberikan kuasa di tangan pemegang unit kami untuk mengemudi masa depan kewangan mereka. 

Di ASNB, pelanggan sentiasa di hati kami dan kami berusaha untuk terus menambah baik penawaran produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Beliau berkata, RIA disasarkan untuk memudahkan pelaburan dengan menawarkan portfolio yang diperibadikan dan mengautomasikan transkasi utama seperti deposit berulang melalui ciri Auto Laburnya. 

Jelasnya, RIA menangani isu-isu penting seperti literasi kewangan, pelaburan minimum yang tinggi, dan akses kepada nasihat profesional. 

“Bermula dengan deposit minimum sebanyak RM100, RIA bukan sahaja memenuhi keperluan pemegang unit ASNB sedia ada tetapi juga mengalu-alukan pelabur kali pertama dengan bajet yang lebih kecil, menawarkan yuran yang telus dan proses pelaburan yang mudah.

“Di ASNB, pelanggan kami kekal sebagai keutamaan kami, dan RIA mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan perjalanan kewangan mereka melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang unggul,” tambahnya.

Untuk mula melabur dengan RIA, ASNB berkata, orang ramai boleh muat turun aplikasi myASNB dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery, kemudian daftar akaun myASNB dan pilih RIA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×