Ambil cuti jadi maskot iringi anak ke sekolah - Utusan Malaysia

Ambil cuti jadi maskot iringi anak ke sekolah

MOHD. Halim Arafulla (tengah) bersama guru dan maskot untuk menyambut kedatangan murid pada hari pertama persekolahan di SK Tasik Damai di Ipoh semalam. – UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang bapa sanggup mengambil cuti dan menjadi maskot untuk mengiringi anaknya pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai semalam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mohd. Halim Arafulla berkata, tahun ini merupakan tahun kedua sekolah itu mendatangkan maskot untuk menyambut kedatangan pelajar pada hari pertama persekolahan.

“Ada juga ibu-bapa yang sanggup mengambil cuti dan datang secara sukarela menjadi maskot untuk memberi semangat kepada murid untuk memulakan pembelajaran pada sesi baru semalam.

“Macam tahun lepas, kita sudah cuba buat dan ia mendapat respon yang positif daripada ibu bapa,” katanya di SK Tasik Damai di sini.

Menurutnya, sesi petang pula bertambah meriah dengan kehadiran murid Tahun 1 dan prasekolah.

“Sesi petang lebih kurang 600 murid dari Tahun 1 hingga Tahun 3 termasuk anak-anak prasekolah.
“Kita tunggu anak-anak di pintu masuk dan ibu yang memakai maskot ini akan sama-sama menyambut mereka” katanya.

Menurut Mohd. Halim, tujuan mereka ialah murid yang melihat maskot-maskot mereka teruja dan seronok untuk memulakan sesi persekolahan.

“Kalau sebelum kami bawakan watak-watak dalam kartun Disney. Jadi, untuk tahun yang kedua ni kami pilih maskot yang tular di media sosial dan popular dalam kalangan pelajar sekolah rendah pula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×