Arab Saudi umum pelan pengurusan jemaah umrah sempena Ramadan

Arab Saudi umum pelan pengurusan jemaah umrah sempena Ramadan

MOHAMMED Al-Bassami hadir pada sidang media Kementerian Dalam Negeri untuk pegawai kanan keselamatan umrah di Makkah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan pelan keselamatan umrah sempena Ramadan 2024 termasuk sistem tersusun untuk menguruskan jemaah terutamanya semasa waktu solat, dengan perhatian khusus diberikan ketika solat tarawih dan tahajud.

Pelan itu diumumkan oleh Pengarah Keselamatan Awam Arab Saudi, Jeneral Mohammed Al-Bassami dalam sidang media Kementerian Dalam Negeri untuk pegawai kanan keselamatan umrah.    

Lapor Arab News, menurut Mohammed, rancangan umrah pada bulan Ramadan akan menjalani semakan lanjut, dengan kawasan Mataf serta tingkat bawah akan dikhaskan secara eksklusif untuk jemaah umrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pasukan khas juga dikerahkan untuk menangani isu lain seperti mengemis dan tidur di kawasan larangan sehingga mengganggu aliran jemaah.

“Mana-mana individu yang didapati melakukan perkara tersebut akan ditahan,” katanya.

Jelas beliau, pelan itu merangkumi pelbagai bidang termasuk keselamatan, kawalan orang ramai, pengurusan trafik, bantuan kemanusiaan dan bantuan kepada organisasi perkhidmatan.

Mohammed berkata, stesen pengangkutan berhampiran Masjidil Haram di sepanjang jalan lingkar pertama, kedua, ketiga dan pintu masuk ke Mekah kini beroperasi.

Stesen berkenaan memainkan peranan penting dalam menguruskan lalu lintas ke Masjidil Haram.

“Terdapat permintaan tinggi untuk menunaikan umrah pada permulaan Ramadan, dengan perluasan besar-besaran diperuntukkan kepada jemaah,” katanya.

Tambah beliau, aliran keluar masuk tersusun bagi memastikan keselamatan jemaah yang berjalan ke Masjidil Haram dan sekitarnya.

“Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya dikhususkan untuk beribadah dan orang ramai digalakkan membantu jemaah haji,” katanya.  

Mohammed meramalkan lebih 57 juta jemaah umrah akan melakukan perjalanan dengan bas tahun ini.

“Hasilnya, kami berjaya mengurangkan jumlah kenderaan yang memasuki kawasan pusat sebanyak lebih tujuh juta. 

“Selain itu, kami juga menggunakan 3,000 bas di 16 laluan dan 13 stesen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini