Angka kematian banjir, tanah runtuh di Sumatera cecah 26 orang

Angka kematian banjir, tanah runtuh di Sumatera cecah 26 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Angka kematian akibat kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia dilaporkan meningkat kepada 26 orang.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 11 orang lagi masih hilang.

Hujan lebat yang berlaku Khamis lalu mencetuskan bencana di wilayah Sumatera Barat, yang mana air sungai melimpah dan tanah runtuh menimpa rumah.

“Seramai 11 orang masih hilang manakala 26 lagi ditemukan maut,” kata jurucakap Agensi Tebatan Bencana Kebangsaan, Abdul Muhari menerusi kenyataan.

Di daerah Pesisir Selatan, seramai 23 orang ditemukan maut dan enam masih hilang, menurut Fajar Sukma, seorang pegawai dari agensi mitigasi bencana Sumatera Barat.

Tiga lagi mangsa ditemukan maut di daerah Padang Pariaman yang turut mengalami kerosakan teruk.

Usaha menyelamat terpaksa dihentikan disebabkan oleh cuaca ekstrem, kata Sukma.

“Hari ini masih hujan dan anggota penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat di tengah-tengah hujan.

“Ada kemungkinan jumlah korban akan terus meningkat ketika kami mengemas kini laporan,” katanya.

Sukma berkata, setakat Ahad, anggota penyelamat telah berjaya membuka akses ke kawasan paling terjejas dan mengagihkan bantuan kepada mangsa yang dipindahkan, termasuk khemah, ubat-ubatan dan makanan segera.

Bencana itu merosakkan ratusan rumah, jambatan, masjid, dan kemudahan awam lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×