Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan

Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika sidang akhbar di KDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persetujuan itu dicapai selepas beliau membentangkan cadangan tersebut semasa mesyuarat Kabinet hari ini.

“Hari ini saya bentangkan dan Kabinet memberikan lampu hijau sepenuhnya. Saya akan teruskan dengan proses-proses berikutnya seperti sesi penerangan termasuk kepada rakan-rakan media.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu meneruskan sesi libat urus bersama tokoh-tokoh individu berkepakaran, badan masyarakat sivil serta ahli Parlimen yang kemudiannya akan mengundi,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Disember tahun lalu dilaporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewargangeraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf tersebut dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Sementara itu, Saifuddin berkata, adalah menjadi harapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar cadangan pindaan Perlembagaan itu dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

“Dari segi Parlimen, kita kena ‘que’ (ikut turutan) sebab banyak pindaan-pindaan kementerian lain juga, jadi kita kena daftar dan tunggu tarikh dari setiausaha (Dewan Rakyat). Itu harapan kita semua (bentang tahun ini),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini