Penduduk mahu MPT selesaikan masalah anjing liar

Penduduk mahu MPT selesaikan masalah anjing liar

ANJING liar semakin bertambah dan amat membahayakan pejalan kaki di sekitar Tawau, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengadu kepada Majlis Perbandaran Tawau ( MPT) supaya menyelesaikan masalah penduduk ekoran masalah anjing liar yang semakin meningkat populasinya di taman-taman perumahan di kawasan Tawau, Sabah.

Saya merasakan MPT tidak dapat menyelesaikan isu ini kerana ia agak rumit memandangkan anjing liar berada di mana-mana sahaja.

Beberapa aduan sudah dibuat kepada pihak berkaitan tetapi nampaknya tiada tindakan sewajarnya.

Sekarang ini, anjing liar semakin bertambah dan ia amat membahayakan pejalan kaki.

Cadangan saya supaya mana-mana anjing yang dipelihara harus sentiasa berada di rumah pemiliknya tanpa membenarkan haiwan itu berkeliaran di kawasan awam.

Saya juga cadangkan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah utama dengan menangkap terlebih dahulu anjing jantan bagi mengelakkan pembiakan sekali gus menambah lagi bilangan anjing liar di kawasan ini.-UTUSAN

PENDUDUK GUSAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×