Penjawat awam Pulau Pinang terima 'durian runtuh' sempena Aidilfitri

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘durian runtuh’ sempena Aidilfitri

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri hari ini meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKKA itu diberikan sebagai tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi kepada kerajaan negeri selama ini.

Katanya, BKKA itu akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggar membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri. 

“Kerajaan negeri telah meluluskan BKKA untuk tahun 2024 ini iaitu sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai penghargaan kepada mereka,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, serentak dengan itu juga, BKKA sebanyak RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Katanya, turut menerima BKKA ialah guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang. 

“Dalam pada itu, BKKA ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri, tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

“Umumnya, pemberian BKKA ini diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri, khususnya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×