Rugi RM245 juta akibat scam

Rugi RM245 juta akibat scam

SCAMMER sasar golongan berpendapatan tinggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 71,631 panggilan kes penipuan diterima Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh 12 Oktober 2022 sehingga 31 Januari lalu membabitkan kerugian berjumlah RM245 juta.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebanyak 8,754 kertas siasatan bagi kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Selain itu, sebanyak 64 kertas siasatan di bawah pengubahan wang haram (AMLA) dan membekukan sebanyak RM69 juta bagi tujuan siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram.

PANTAU

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berkata, penipuan pelaburan, skim ponzi dan dalam talian dipantau pelbagai agensi bergantung kepada elemen kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Menurutnya, di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, terdapat pelbagai langkah penguatkuasaan diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Bagi mengesan dan mengenal pasti skim atau aliran wang haram melibatkan luar negara, BNM bekerjasama dengan pihak berkuasa asing yang menjalankan analisis jejakan kewangan atau siasatan ke atas sebarang jenayah penipuan dan skim kewangan haram dilakukan dalam negara mereka.

“Selain itu, kerjasama strategik pelbagai pihak di antara BNM, SC, agensi penguatkuasaan lain, institusi-institusi kewangan dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bagi tindakan penguatkuasaan yang lebih cekap ke atas sindiket jenayah penipuan pelaburan melalui perkongsian maklumat dan aktiviti menjejak dan mengesan aliran wang haram.,” katanya.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, penjenayah pengubahan wang haram bukan sahaja boleh dikenakan hukuman penjara, malah aset serta wang hasil yang diperolehi menerusi kegiatan haram juga boleh disita atau dilucuthakkan di bawah AMLA.

“Contohnya, pihak SC telah mengambil tindakan menyita wang berjumlah RM116 juta (2021-2023).

“BNM juga telah mengambil pelbagai langkah terhadap syarikat-syarikat yang mendakwa memperoleh lesen dan kelulusan BNM termasuklah menyenarai di dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan serta mengambil tindakan undang-undang di atas penyalahgunaan nama BNM.

“Setakat 2023, 497 entiti telah disenaraikan di bawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×