RM300 juta selesai isu air Sabah

RM300 juta selesai isu air Sabah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meluluskan sebanyak RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat projek baharu diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di negeri itu.

“Kementerian juga sedang memohon penyelarasan semula kos kepada Kementerian Ekonomi bagi tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri.

“Kementerian akan memastikan projek yang diluluskan dipantau secara berkala dengan mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat di tapak oleh agensi yang bertanggungjawab,” kata­nya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung status bantuan kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam penyelesaian jangka pendek dan panjang mengatasi masalah bekalan air.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Kerajaan Ne­geri Sabah juga diluluskan peruntukan sebanyak RM163.55 juta di bawah RP4 bagi projek-projek sambungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×