Singapura ketatkan peraturan pengambilan pekerja asing

Singapura ketatkan peraturan pengambilan pekerja asing profesional

ORANG ramai duduk berehat berhampiran patung Merlion di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kerajaan republik ini mengumumkan akan menaikkan kriteria gaji bagi pekerja asing eksekutif dan profesional yang boleh diambil bekerja oleh syarikat mulai tahun depan.

Bermula Januari tahun depan, warga asing harus menerima gaji sebanyak S$5,600 (RM19,698) atau lebih untuk sebulan bagi memenuhi kelayakan memperoleh pas pekerja yang biasanya diberikan kepada profesional berpendapatan tinggi.

Mereka yang bekerja dalam sektor kewangan akan dinaikkan gaji kepada S$6,200 (RM21,808) berbanding S$5,500 (RM19,346).

Menurut Kementerian Sumber Manusia, langkah itu bagi memastikan pemegang EP (pas pekerjaan) berkelayakan tinggi, selain mengekalkan peluang yang sama rata untuk penduduk tempatan.

Hab kewangan Asia Tenggara itu sudah lama menjadi lokasi popular bagi firma asing menempatkan ibu pejabat serantau di negara itu.

Pekerja asing pula menjadi isu dalam kalangan penduduk tempatan yang bimbang mengenai persaingan peluang pekerjaan.

Sejak Jun tahun lalu, seramai 197,300 warga asing di Singapura memiliki pas pekerjaan berbanding jumlah kira-kira 1.5 juta tenaga kerja asing.

Dilaporkan, republik itu mempunyai seramai 5.9 juta penduduk.

Sejak pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020, paras gaji bagi pengambilan warga asing dinaikkan sebanyak tiga kali dengan pelarasan sebelum ini, daripada S$4,500 (RM15,829) kepada S$5,000 (RM17,588), berkuat kuasa pada September tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×