Ketua Polis Daerah Rembau meninggal dunia akibat barah pankreas - Utusan Malaysia

Ketua Polis Daerah Rembau meninggal dunia akibat barah pankreas

HAZRI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini hari ini kira-kira pukul 2 petang tadi akibat kanser pankreas.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, pegawai polis berkenaan meninggal dunia pada usia 59 tahun dan dijadual bakal bersara pada bulan September ini.

“Beliau (Hazri) seorang yang berpengalaman dalam bidang kepolisian, tegas dan amanah. Seorang pegawai yang disegani dan mesra dengan semua lapisan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini. 

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi warga PDRM Negeri Sembilan. Allahyarham telah menabur jasa dan bakti kepada PDRM,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, difahamkan Allahyarham mula mendapatkan rawatan di Hospital Rembau pada 29 Februari lalu dan telah hadir ke hospital bagi janji temu rawatan penyakit yang baru diketahui sejak sebulan lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jelatang, Alor Gajah, Melaka.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×