Guru tular isu dalaman sekolah berdepan tindakan- Fadhlina

Guna media sosial untuk tujuan kebaikan – Fadhlina

FADHLINA Sidek menyempurnakan penyampaian diploma kepada graduan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai,hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas guru yang terlibat dalam perbuatan memuat naik isu dalaman sekolah di media sosial.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, guru tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian dan sekiranya aduan diterima, siasatan akan dibuat dan seterusnya tindakan boleh diambil.

“Kita sudah ada garis panduan penggunaan media sosial ke atas guru-guru yang membuat kandungan di platform tersebut, dan haruslah ia dilaksanakan dengan tujuan yang baik.

“Bagaimanapun, KPM akan memantau dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan garis panduan yang ditetapkan dapat dipatuhi dan mereka (guru-guru) juga dalam radar pemantauan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains lslam Malaysia (USIM) Nilai, di sini hari ini.

Baru-baru ini Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang yang mencadangkan kepada KPM agar menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang perbuatan guru yang memuat naik bahan berkaitan isu dalaman sekolah di media sosial.

Aminuddin berkata, jika tiada sebarang tindakan secara menyeluruh ia akan memberi impak negatif terhadap institusi pendidikan negara.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihak kementerian berbangga kerana graduan kolej vokasional kini telah mencapai 98 peratus kadar kebolehpasaran.

“Berikutan itu, pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) KPM perlu sentiasa diangkat dan diperkasakan dengan kerjasama semua pihak.

“Kejayaan pelajar kolej vokasional sentiasa membanggakan negara di peringkat antarabangsa termasuk kejayaan mencapai anugerah inovasi dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa yang membuktikan kecemerlangan pelajar tersebut.

“Oleh demikian, ujar beliau, KPM akan memberi tumpuan kepada segmen penting masa hadapan melibatkan industri automotif, teknologi hidrogen (bekalan tenaga alternatif), AI, animasi, reka bentuk grafik, pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Seramai 6,616 graduan terlibat pada majlis konvokesyen tersebut terdiri daripada graduan jurusan Diploma Teknologi Automotif, Diploma Bakeri dan Pastri dan Diploma Teknologi Maklumat. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×