Angka korban di Gaza terus meningkat, kini cecah 30,320 orang

Angka korban di Gaza terus meningkat, kini cecah 30,320 orang

SEBAHAGIAN besar bangunan musnah akibat pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 30,320 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Menurut kementerian, angka korban penduduk Gaza meningkat secara mendadak selepas 92 kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jelas kementerian, seramai 71,533 orang mengalami kecederaan di Gaza sejak konflik meletus pada 7 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan tiga kediaman penduduk di Deir el-Balah dan Jabalia.

Jelas laporan, sekurang-kurangnya empat daripada mangsa berkenaan berlindung di kem pelarian ketika mereka terbunuh.

Lebih banyak bangunan dan tanah ladang dilaporkan turut menjadi sasaran berhampiran kem pelarian Nuseirat di wilayah tengah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×