‘52 tahun hidup, hanya 13 kali sambut hari lahir’ - Utusan Malaysia

‘52 tahun hidup, hanya 13 kali sambut hari lahir’

ABDUL Kahar Kasa (kiri) menyambut hari lahirnya pada tanggal 29 Februari empat tahun sekali. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Berbeza dengan individu lain, Abdul Kahar Kasa, 52, hanya meraikan sambutan hari lahir empat tahun sekali berikutan tarikh lahirnya yang jatuh pada ‘tahun lompat’ iaitu tanggal 29 Februari.

Bagi Abdul Kahar, meskipun hanya empat tahun sekali meraikan sambutan hari lahir, ia cukup bermakna bagi dirinya yang disifatkan unik berbanding orang lain.

Malah, sepanjang 52 tahun usia Abdul Kahar, dia hanya menyambut ulang tahun kelahirannya itu 13 kali sahaja malah ada ketikanya terlupa mengenai kehadiran tarikh tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Kahar berkata, ula­ng tahun kelahirannya hanya tiba empat tahun sekali dan ia dirai bersama keluarga meskipun kadangkala terlupa mengenai tarikh berkenaan.

SENTIASA

“Bagaimanapun, mujurlah ada ahli keluarga yang sentiasa mengingatkan saya mengenai sambutan tarikh lahir tersebut yang jatuh pada tahun lompat itu,” katanya.

Kata Abdul Kahar, dia me­nganggap tarikh ulang tahun kelahirannya itu mempunyai keunikan tersendiri memandang­kan hanya disambut pada tahun lompat dan berbeza dengan kebanyakan individu lain.

Kata bapa kepada lima anak itu, dia juga tidak menghadapi masalah dengan tarikh ber­kenaan namun hanya berdepan beberapa kekeliruan sebelum ini khususnya melibatkan pro­ses pembaharuan lesen.­

“Namun ia bukanlah satu masalah besar kerana tarikh lahir saya ini mempunyai ke­istimewaan tersendiri malah saya juga dapat berjimat cermat apabila menyambutnya empat tahun sekali sahaja,” katanya.

Kata Abdul Kahar lagi, dia juga tidak membuat sambutan hari lahir pada setiap tahun dan hanya menunggu empat tahun sekali bagi meraikan hari istimewa tersebut.

“Biarpun tarikh lahir saya jatuh 29 Februari, saya tidak membuat sambutan setiap tahun dan hanya menunggu tahun lompat kerana ia merupakan kenangan lebih bermakna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×