FAM tidak kejar pemain warisan, banyak palsu

FAM tidak kejar pemain warisan, banyak palsu 

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan pihak sedang berusaha memancing beberapa pemain warisan baharu untuk mewakili Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, berita mengenai badan induk itu mahu mengambil pemain kacukan hanya spekulasi yang dimainkan oleh sesetengah media atau blogger sahaja.

Malah, beliau menjelaskan berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh pihaknya, ramai pemain kacukan yang di canang-canang oleh sesetengah pihak adalah palsu dan mereka sebenarnya tidak boleh bermain untuk Malaysia.

“Mungkin sesetengah media atau blogger sahaja buat, yang mengatakan FAM ada buat ini semua, sebenarnya tak ada pun. Saya sudah berjumpa dengan Kim Pan Gon minggu lalu, tiada pun kita buat pemantauan.

“Tetapi ada sesetengah portal cuba menggunakan nama FAM seolah-olah pasukan kita nakkan lagi pemain naturalisasi, setakat ini tiada. Maklumat daripada pegawai saya maklumkan beberapa pemain itu tak boleh, mereka semua bukan orang Malaysia.

“Jadi banyak yang palsu, saya fikir tak perlu nak ambil kira benda itu. Saya nafikan perkara itu semua, kita pun tiada beria-ria sangat.

“Saya sudah tekankan kepada jurulatih dan barisan jurulatih skuad muda untuk menumpukan pemain tempatan bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan sebagai pemain kebangsaan di peringkat umur,” kata Hamidin.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengaitkan ramai pemain terutama yang beraksi di Eropah memiliki darah kacukan Malaysia selain mendakwa bahawa mereka berpotensi untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Setakat ini, Malaysia sudah memiliki lapan pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Paulo Josue, Endrick Dos Santos dan Romel Morales.

Selain itu, Malaysia turut mempunyai beberapa pemain warisan atau berdarah kacukan seperti Matthew Davies, Daniel Ting, Dominic Tan, Junior Eldstal, Dion Cools, La’Vere Corbin Ong, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Natxo Insa dan Darren Lok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×