Awie dedah hidap kanser, sudah jalani pembedahan buang tumor

Awie dedah hidap kanser, sudah jalani pembedahan buang tumor

AWIE
AWIE ketika ditemui selepas melancarkan Konsert Wings: The Rock Emperor di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda rock negara, Datuk Awie mendedahkan dirinya pernah menghidap kanser buah pinggang dan telah menjalani pembedahan membuang tumor beberapa tahun lepas.

Awie, 55, berkata, pada mulanya, dia merasakan ada masalah di bahagian buah pinggang dan apabila bertemu doktor untuk pemeriksaan, doktor mendapati salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.

Kongsinya, selepas mendapatkan nasihat daripada beberapa doktor termasuk pakar, dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang tumor di bahagian buah pinggang.

“Saya ada masalah di bahagian buah pinggang, ada tumor dan bila periksa, doktor sahkan itu adalah kanser. Tetapi saya bersyukur sebab tumor itu dikesan awal.

“Sejujurnya, doktor pun tergagap-gagap hendak bagitahu. Dia cakap, ketumbuhan itu agak meragukan. Bila dia buat pemeriksaan lanjut, dia bagitahu yang salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.

“Bila dengar sahaja dia cakap begitu, hati saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis,” kongsinya dalam satu sesi temu bual di radio Kool 101 semalam.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Wings itu memberitahu, dia pada awalnya enggan menjalani pembedahan membuang ogan buah pinggangnya dan meminta ikhtiar lain daripada doktor yang merawatnya.

“Bila dimaklumkan perlu jalani pembedahan buang organ, saya termenung lana. Saya mohon doktor untuk beri saya peluang dan masa fikir ikhtiar lain.

“Dia ada sarankan saya untuk bertemu pakat dan doktor itu memaklumkan peratusan saya menghidap kanser adalah 95 peratus. Terus tak berdarah muka saya sebab sudah sah kan.

“Selepas empat bulan, saya menjalani pembedahan buang tumor tersebut sepanjang 2.7 sentimeter selepas dipujuk isteri saya, Sharifah Ladyana,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×