Hanya kucing tahu perbualan kami -Gibran

Hanya kucing tahu perbualan kami- Gibran

PRABOWO Subianto dan Gibran Rakabuming Raka bertemu di Kertanegara, Jakarta Jumaat lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Calon Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka mengakui bertemu calon Presiden, Prabowo Subianto di Kertanegara di Jakarta Jumaat lalu namun enggan mendedahkan tentang perbincangan yang dibuat antara mereka.

Gibran malah sempat berseloroh dengan berkata, hanya kucing Prabowo yang tahu kandungan perbualan mereka ketika memuat naik gambar pertemuan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Gibran juga mengakui akan membawa bersama kucingnya pada pada pertemuan berikutnya dengan Prabowo. 

“Hanya Laila dan Pasha sahaja yang tahu kandungan perbualan kami.

“Saya akan menjemput kucing saya juga suatu masa nanti,” katanya di laman Instagram.

Sementara itu, Prabowo turut memuat naik gambar serupa tetapi menulis kapsyen berbeza dengan hanya mengucapkan selamat berhujung minggu.

Prabowo dan Gibran dijangka memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 yang bakal diumumkan beberapa minggu lagi tanpa perlu mengharungi pusingan penentuan selepas mendahului kiraan undian melebihi 50 peratus -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×