PETALING JAYA: Datuk Ammar Abd Ghapar mempersoalkan tindakan memberhentikan khidmatnya sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia setelah 36 tahun perkhidmatannya tanpa mengetahui kesalahan dilakukan.
Beliau ketika dihubungi berkata, tindakan kerajaan memberikan notis lima hari tersebut disifatkan sebagai tindakan melulu dan adalah tidak wajar.
Menurut Ammar, jika benar pun beliau membuat kesalahan ketika menduduki jawatan tersebut, sepatutnya kerajaan perlu meneliti dan membuktikkan terlebih dahulu setiap kesalahan yang didakwa dilakukan itu.
“Tetapi sepanjang saya berkhidmat, saya rasa saya tidak pernah melawan atau mengingkar sebarang arahan.
“Malahan sumbangan saya dalam jawatan ini turut memperlihatkan bahawa industri pelancongan negara kian berkembang dan permintaan terhadap penerbangan juga bertambah”, kata beliau yang mengakui kecewa
Semalam tular di media sosial menunjukkan surat bertarikh 22 Februari yang memaklumkan pemberhentian khidmat Ammar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkuat kuat kuasa 26 Februari ini. – UTUSAN











