Peluang City kejar Liverpool

Peluang City kejar Liverpool

EERLING Haaland dijangka terus menjadi taruhan manchester City untuk merobek gawang Leeds United. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City berpeluang merapatkan kedudukan dengan Liverpool ketika skuad kendalian Jurgen Klopp memberi tumpuan kepada aksi final Piala Liga menentang Chelsea, esok.

City berpeluang untuk hanya ketinggalan satu mata dengan The Reds jika mereka memenangi perlawanan di Bournemouth, manakala Arsenal mesti menewaskan Newcastle untuk terus bersaing merebut kejuaraan liga.

Skuad kendalian Pep Guardiola ketika ini tidak bimbang dengan prestasi Erling Haaland selepas penyerang kelahiran Norway itu sudah kembali mendapat sentuhan juaringan selepas pulih daripada kecederaan.

Selepas menjaringkan hanya satu gol daripada tujuh perlawanan sebelum ini, dua gol ketika menentang Everton, Haaland terus menutup mulut pengkritiknya dengan meledak gol kemenangan ketika menewaskan Brentford, Rabu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu meleburkan kedegilan Brentford pada separuh masa kedua di Stadium Etihad dengan gol ke-22 dalam semua pertandingan musim ini.

Kemenangan itu membolehkan City kekal di belakang Liverpool dalam usaha mereka untuk memburu mahkota Liga Perdana keempat berturut-turut yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Untuk mencipta sejarah itu, Guardiola pastinya memerlukan Haaland berada pada prestasi terbaiknya, tetapi ayam tambatannya itu dilihat tidak dapat beraksi dengan baik ketika seri 1-1 menentang Chelsea hujung minggu lalu.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Apabila anda mempunyai kualiti, anda akan sentiasa mencapai sasaran anda.

“Selagi dia berada dalam situasi itu, jika dia gagal beraksi dengan baik beberapa perlawanan, tidak mungkin untuknya terus beraksi hambar,” kata rakan sepasukan Haaland di City, Oscar Bobb menjelang kunjungan ke Bournemouth. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×