Sistem aduan jika kandungan dicuri bakal diperkenal - Utusan Malaysia

Sistem aduan jika kandungan dicuri bakal diperkenal

fahmi fadzil
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sedia mewujudkan satu sistem bagi membolehkan pemilik berita mahupun pencipta kandungan membuat aduan jika kandungan mereka digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana sebarang bahan berita yang diambil dan dimuat naik tanpa kebenaran berpotensi disalah tafsir serta diubah suai. 

Justeru, katanya, pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) boleh mengambil tindakan menerusi aduan yang dikemukakan menerusi sistem yang akan diperkenalkan itu. 

“Sistem ini belum lagi kita wujudkan, tetapi insya-Allah boleh dibangunkan satu sistem yang mudah supaya kandungan hak cipta itu dapat kita jamin untuk mereka yang telah menghasilkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Maxis 5G-Advanced Trial Showcase hari ini 

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan, versi terkini Kod Etika Wartawan Malaysia tidak menyekat kebebasan media di negara ini atau cubaan untuk mengawal kebebasan media dan bersuara.

“Jika anda membandingkan (kod asal dan kod yang disemak) ia hampir sama, masih terdapat lapan perkara utama dalam dokumen. Tiada kaitan dengan mengekang kebebasan media,” tambahnya.

Fahmi menegaskan, ada perkara yang perlu dikemas kini terutama dalam era kecerdasan buatan, blog dan media dalam talian yang belum wujud ketika kod asal itu diperkenalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN