Hormati keputusan Pemilu, elak keganasan

Hormati keputusan Pemilu, elak keganasan

HASAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ulama terkenal wilayah Lebak, Hasan Basri menyeru pemimpin yang memenangi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 supaya bersikap adil dan jujur ​​demi kesejahteraan rakyat dan meminta semua penduduk menghindari keganasan yang boleh merosakkan keharmonian negara. 

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Fatwa Majlis Agama Islam Banten berkata, pemimpin politik yang dipilih masyarakat melalui hasil demokrasi perlu disokong. 

Namun pemimpin tersebut wajib mengekalkan rekod prestasi yang baik tanpa mengamalkan sikap berbohong atau berdusta yang bukan sahaja membawa mudarat dan kemiskinan, malah menjadikan perbuatan rasuah semakin berleluasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap janji-janji yang dibuat semasa berkempen akan direalisasikan selepas dipilih menjadi pemimpin tanpa berbohong,” katanya dipetik Detik News.

Beliau juga mengajak seluruh masyarakat untuk menjaga keamanan, kedamaian dan kerukunan dalam rangka memperkukuh semangat kesatuan di negara itu.

“Saya mengingatkan perbezaan fahaman politik adalah wajar dan sudah menjadi sebahagian daripada demokrasi, tetapi jangan biarkan bangsa ini mudah berpecah belah.

“Sekiranya terdapat dakwaan berlaku penipuan dalam pilihan raya, sudah tentu ia boleh diselesaikan melalui agensi penguatkuasaan undang-undang yang pastinya boleh mengenakan sekatan mengikut peraturan sedia ada.

“Kami meminta orang ramai supaya tidak membiarkan rasa tidak puas hati terhadap parti demokrasi ini mengakibatkan keganasan dan anarkisme. Islam melarang kaedah kekerasan terutama memecah belahkan perpaduan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini