Op Limau: 76 individu ditahan terlibat dalam aktiviti perjudian - Utusan Malaysia

Op Limau: 76 individu ditahan terlibat dalam aktiviti perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 76 individu ditahan polis dalam Op Limau yang dijalankan di negeri ini bermula 5 hingga 15 Februari lepas bagi mencegah dan membanteras aktiviti perjudian.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Khalid Othman berkata, kesemua yang ditahan menerusi 12 serbuan itu membabitkan seramai 63 orang lelaki dan 13 wanita berusia dalam lingkungan 22 hingga 68 tahun.

Menurutnya, fokus utama operasi berkenaan adalah untuk mencecah dan membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam dan luar bangunan yang tertakluk di dalam jadual pertama Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Dalam tangkapan dan serbuan selama 11 hari ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM30,135. Sebanyak 12 kertas siasatan telah dibuka membabitkan Seksyen 6(1) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tegas Abd Khalid lagi, pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas ke atas sebarang aktiviti perjudian dalam tempoh perayaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkan terus ke talian hotline 018-6495106.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×