Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumi

Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumi

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di sini hari ini.

Istiadat pengebumian tersebut  dijalankan pada pukul 2.20 petang ini.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu turut disertai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kira-kira 200 hadirin terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat-handai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pukul 11:30 pagi selepas upacara istiadat penghormatan terakhir negeri sejak pukul 7:50 pagi ini.

Seterusnya, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Sejumlah 12 laras meriam diaturkan sepanjang jalan dari DUN ke Masjid Demak. 

Kedudukan kumpulan meriam pertama adalah di Fort Margherita. 

Sebanyak 87 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda penghormatan terakhir bagi bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini