Apabila disebut tentang madu, pasti anda akan terbayangkan cairan yang sekilas menyerupai sirap namun lebih kental dan rasanya lebih manis. Namun tahukah anda, sebenarnya madu boleh digunakan dalam mencantikkan jelapang wajah. Jom kita lihat kebaikan madu untuk kamu wahai wanita!
#1 Anti kedutan dan melewatkan proses penuaan
Mempunyai kulit yang sihat dan tidak kering memang menjadi dambaan setiap wanita. Nah, buat yang mencari kaedah bagaimana mahu menjadikan kulit wajah sentiasa lembap, rajin-rajinkanlah mengoles madu ye!.

#2 Menyingkirkan sel kulit mati
Jika ingin kulit wajah tampak lebih bersih dan sihat, madu salah satu caranya! Campurkan gula pasir dengan madu atau minyak zaitun. Lakukan rutin ini sebagai skrub atau penyental seminggu sekali pada wajah.
#3 Hilangkan kesan luka terbakar
Penggunaan madu secara teratur dan rutin memberikan hasil yang diinginkan. Namun anda perlu bersabar ya kerana ia memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Kerapkan menyapu pada bahagian tercedera.

#4 Mencerahkan kulit
Nak kulit jadi lebih glowing? Gunalah madu kerana kandungan anti oksidan dapat membebaskan radikal bebas yang ada pada kulit. Dan kalau anda nak tahu, inilah rahsia wanita pada kerajaan Mesir kuno dalam menjaga kecantikan kulit.
#5 Atasi bibir pecah
Bibir menjadi antara bahagian wajah sering menjadi tarikan. Jadi, jika anda inginkan bibir yang mulus dan lembap, jadikan madu sebagai skrub bibir. Campurkan dengan gula pasir dan oleskan pada bibir. Biarkan dalam beberapa minit dan bilas. Madu juga boleh menjadikan bibir kelihatan lebih merah secara semulajadi.
#6 Muka bebas jerawat
Jerawat musuh kecantikan wajah yang mulus. Nak bebas dari jerawat, jadikan madu sebagai masker bagi mengurangkan kadar keradangan pada wajah.
#7 Mengecilkan pori-pori
Pori-pori yang besar seringkali mengganggu kerana membuatkan kulit tampak kasar dan kusam. Dengan menggunakan madu, pori-pori dapat mengecil sehingga kulit wajah nampak lebih mulus.
#8 Membuatkan rambut lebih sihat, berkilau
Menggunakan masker dari madu akan membuatkan rambut lebih kuat dan berkilau. Malah masalah rambut gugur juga dapat diatasi dengan madu.
Kandungan Vitamin C yang ada di dalam madu dapat membantu merangsang aliran darah, dan meningkatkan regenerasi folikel rambut baru.
Sedangkan kandungan antioksidannya dapat meningkatkan kadar kolagen, meningkatkan elastisitas, berkilau, serta menghaluskan tekstur rambut. Ambil dua sudu makan madu dan campurkan dengan secawan air.
Sapu pada rambut dan ramas seperti biasa. Biarkan selama lima minit dan kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu dan lihatlah hasilnya!










