Kerajaan sudah bincang penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Kerajaan sudah bincang penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak

NANCY Shukri (kanan) menyampaikan sijil kepada rakan strategik PSSS pada Majlis Perasmian PSSS Transit Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Perumahan Kastam Rantau Panjang, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kerajaan sudah membincangkan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah umur di negara ini menerusi Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) turut mengambil bahagian dalam perbincangan itu sekali gus memperlihatkan kerajaan memandang serius perkara tersebut.

“KKD akan memantau semua perkara yang melibatkan masalah media sosial. Jadi, perkara ini sudah ada mekanismanya dan secara umumnya ia sudah ditangani dalam mesyuarat MNS,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian PSSS Transit Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Rantau Panjang di Perumahan Kastam di sini hari ini.

Nancy memberitahu, semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan dalam usaha memantau penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Katanya, bahkan pempengaruh juga perlu memberi contoh serta galakan kepada kanak-kanak supaya menggunakan media sosial ke arah yang positif.

“Ibu bapa perlu memantau anak-anak yang begitu aktif mengguna media sosial sehingga ada yang tidak mahu pergi ke sekolah dan ini adalah cabaran buat negara kita.

“Kita tidak mahu anak-anak terlalu leka sehingga tidak mahu bersekolah kerana ia boleh menjadi penyumbang kepada masalah sosial,”katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×