Pelarian kanak-kanak ‘dahaga’ ilmu

Pelarian kanak-kanak ‘dahaga’ ilmu

PELAJAR yang terdiri daripada pelarian sedang mengikuti kelas pengajian di salah sebuah sekolah di Kem Pelarian Al-Jufaenah di Yemen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARIB, YEMEN: “Biarlah harta sebagai jarak pemisah antara kami dan manusia di negara lain, bukannya pendidikan.”

Itu harapan guru, Solleh Abdul Quddus, 40, yang menjadi tenaga pengajar kepada lebih 1,200 kanak-kanak pelarian di Madrasah Ammar Bin Yassir di Kem Pelarian Al-Jufaenah.

Dia yang berkhidmat lebih dua tahun di sekolah tersebut berkata, semua pelajar dan guru kini berdepan dengan pelbagai kekurangan dalam aspek kemudahan asas serta keperluan bahan pendidikan.

“Semua pelajar perlu berhimpit dalam sebuah kelas sehingga kadangkala mencecah lebih 70 pelajar, sedangkan ruangnya hanya untuk 30 orang.

“Selain itu, pelajar di sekolah ini tiada bahan pembelajaran secukupnya dan bergantung kepada sumbangan pihak lain. Malah kami terpaksa berdepan dengan masalah lain seperti bekalan keperluan asas dan makanan,” katanya ketika menerima kunjungan misi kemanusiaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Al-Khair di Kem Pelarian Al-Jufaenah, baru-baru ini.

Setakat ini, lebih 70 buah sekolah dibina dalam daerah ini dengan memerlukan penambahan keperluan asas

Menurut Solleh, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan di Marib kini mencecah 145,000 orang berbanding sebelumnya iaitu 70,000 orang.

Katanya, walaupun berdepan dengan pelbagai kekurangan, ia sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menyampaikan ilmu terutama kepada kanak-kanak yang berusia antara enam hingga 10 tahun.

“Malah mereka tetap bersemangat walaupun perlu berhimpit dalam sebuah kelas yang sempit dan kekurangan segala bahan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Al-Khair, Muhd. Luqmanul Hakim Mohd. Redzuan berkata, pihaknya kini sedang membuat perancangan untuk menambah baik sistem pendidikan di negara berkenaan.

“Ini antara projek utama kita dalam pendidikan dan kita akan menyediakan pembelajaran secara formal kepada anak-anak mangsa perang untuk misi akan datang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×