AirAsia X tawar tambang serendah RM88 ke Kazakhstan 

AirAsia X tawar tambang serendah RM88 ke Kazakhstan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama ke Almaty, Kazakhstan pada 14 Mac 2024 ini, AirAsia X (AAX) menawarkan tambang promosi serendah RM88 termasuk semua sehala.

AAX dalam kenyataan memaklumkan, jualan terhad itu bermula hari ini dari pukul 10 pagi hingga 6 petang (waktu Malaysia) tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, pihaknya berbesar hati menawarkan tambang menakjubkan itu ke Almaty kepada pengembara untuk meneroka bandar itu yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan dan kepelbagaian budaya.

Jelas beliau, Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi itu membuktikan komitmen Syarikat untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu.

“Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.

“Pihak AAX juga akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Tambang promosi itu boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×