Bila sudah nyanyi, terima kasih pun tidak ada - Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Bila sudah nyanyi, terima kasih pun tidak ada – Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Masalah besar yang saya hadapi adalah, bila saya hantar video dan nyanyi atas permintaan mereka, tak balas apa-apa pun. Hanya ‘seen’ sahaja.”

Demikian luahan penyanyi, Imran Ajmain yang kesal dengan sikap segelintir warganet yang tidak menghargai dan berterima kasih apabila dia menunaikan permintaan mereka di media sosial.

Ujar penyanyi kelahiran Singapura itu, dia cuba sedaya upaya menunaikan permintaan peminat seperti menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang bagi tujuan ucapan hari lahir namun ada kala tidak dihargai.

“Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun adalah antara lagu yang sering diminta. Biasanya saya akan cuba sedaya upaya dan sedikit lambat tapi saya tetap akan tunaikan.

“Sudahlah ‘seen’ sahaja, kadang-kadang mereka gunakan video itu untuk buat konten di media sosial mereka namun tak tag saya pun,” ujarnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru sahaja mengadakan dua konsert di Singapura dan Kuala Lumpur itu turut beranggapan tindakan segelintir pihak itu sebagai tidak beradab.

“Bagi saya, itu agak kurang ajar sebab saya nak gembirakan orang, buat yang terbaik dan bagi ‘fans service’ yang tiptop tapi tak dibalas.

“Tidak beradab sebab mereka dapat itu secara percuma. Saya buat secara ikhlas tapi tak ada pun cakap terima kasih atau ‘like’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×