Bangsar Height Pavilion, Hyatt Hotels urus Hyatt Place Johor Bahru

Bangsar Height Pavilion, Hyatt Hotels urus Hyatt Place Pusat Bandar Johor Bahru

hyatt
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemaju terkemuka, Bangsar Heights Pavilion (BHP) mengumumkan kerjasama penting dengan sekutunya yang juga salah satu peneraju jenama hospitaliti global, Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H), bagi menguruskan Hyatt Place Johor Bahru City Centre dengan 200 bilik penginapan yang terletak di Quayside JBCC, iaitu destinasi gaya hidup, membeli-belah dan hiburan baharu di tengah-tengah Johor Bahru.

Kerjasama penting untuk kedua-dua pihak itu bakal menawarkan perkhidmatan terpilih terkenal Hyatt Place yang disesuaikan untuk mereka yang bekerja ketika mengembara atau melancong bersama keluarga ke Quayside JBCC, sekali gus mengukuhkan
kedudukan BHP sebagai peneraju dalam projek pembangunan inovatif.

Quayside JBCC ialah pembangunan bercampur berstatus pegangan bebas yang terdiri daripada komponen membeli-belah, hotel, suite perkhidmatan, dan santapan mewah sky bar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Johor Bahru, pembangunan ini berada tidak jauh dari Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru.

Berpusat di lokasi utama Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC), ia membabitkan pembangunan dengan sejumlah 482 suite perkhidmatan yang diuruskan oleh pengendali berjenama berprestij, 24 unit ruang runcit komersial, suite hotel 200 bilik dan sky bar atas bumbung dan restoran mewah.

Sebanyak 292 tempat letak kereta  disediakan untuk tetamu dan pelawat, sekali gus melengkapkan kawasan sekitar kepada kemudahan ruang parkir tambahan bagi pengunjung mewahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif BHP, Aaron Yap berkata, “Kami percaya perkongsian ini akan menambah nilai kepada pemegang taruh kedua-dua syarikat; tempatan dan antarabangsa. Hyatt Place ialah jenama yang diiktiraf di peringkat global yang terkenal dengan kemudahan moden, layanan mesra dan komitmen terhadap kepuasan tetamu, sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman tanpa kerumitan kepada pelanggan dan penduduk kami.

“Kami percaya kepakaran mereka akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Quayside JBCC sebagai destinasi utama di Johor Bahru.”

Presiden Kumpulan Hyatt bagi Asia Pasifik, David Udell, berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan BHP untuk memperkenalkan Hyatt Place Johor Bahru City Centre di Malaysia. Kami berbesar hati dengan legasi BHP yang memiliki pengalaman
lebih 30 tahun dalam pembangunan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di negara ini.

“Kami berbangga untuk menawarkan tetamu kami, destinasi seperti rumah sendiri yang ditakrif sebagai penginapan yang selesa ketika melancong. Kerjasama ini mencerminkan pertumbuhan menarik jenama Hyatt Place di Asia Tenggara, dan menggariskan kedudukan Hyatt sebagai jenama hospitaliti global terkemuka dalam penginapan kelas atasan untuk pelancong perniagaan dan percutian di seluruh dunia.”

Sejumlah 200 bilik tetamu yang luas di Hyatt Place Johor Bahru City Centre akan menawarkan kemudahan yang direka dengan teliti mengikut keperluan tetamu, dengan ruang khusus untuk bekerja, berehat dan bersantai, termasuk ciri seperti sofa tidur “Cozy Corner” yang selesa, meja besar, peti sejuk mini, dan banyak lagi.

Para tetamu boleh menikmati makanan mereka di “The Breakfast Bar” atau menjamu  selera di dan minum di bar lobi dan restoran kasual, yang menawarkan menu menarik yang disusun dengan teliti dan kreatif. “The Market” di hotel berkenaan juga menawarkan pelbagai pilihan barangan grab-and-go yang tersedia 24/7.

Pengembara juga boleh memanfaatkan program jenama Necessities, yang menawarkan rangkaian luas barangan keperluan. Di samping itu, tetamu mempunyai ruang kerja yang mencukupi di dalam bilik tetamu, pusat perniagaan 24/7 atau ruang mesyuarat yang fleksibel, selain pilihan riadah di pusat kecergasan 24/7 dan kolam renang yang menarik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×