Sunway dapat bidaan tapak EC di Singapura RM1.5 bilion 

Sunway dapat bidaan tapak EC di Singapura RM1.5 bilion 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Berhad, melalui anak syarikat milik penuh Sunway Developments Pte. Ltd. dengan usaha bersama Hoi Hup Realty Pte. Ltd., mendapat bidaan tapak Kondominium Eksekutif (EC) baharu di Bandar Tengah, Singapura berjumlah RM1.5 bilion (S$423.38 juta).

Sunway Berhad dalam kenyataan berkata, bidaan kedua tersebut selepas usaha sama itu berjaya memenangi satu tapak tambahan EC di Bandar Tengah pada September 2023.

“Tapak EC baharu itu berkeluasan 20,038.2 meter persegi dengan keluasan lantai kasar maksimum yang dibenarkan adalah 56,107 meter persegi.

“Selain itu, ia terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT Tengah Park yang akan datang di Laluan Wilayah Jurong dengan plot pajakan 99 tahun, juga bersambung ke bahagian lain di Singapura melalui Lebuhraya Pan Island (PIE),,” menurut syarikat itu dalam kenyataan.

Jelas kenyataan itu lagi, tapak tersebut berdekatan dengan institut pendidikan seperti ACS (Primary) dan Princess Elizabeth Primary School serta kemudahan gaya hidup dan rekreasi seperti JEM, Westgate dan pusat beli-belah IMM.

Tapak itu katanya, memberi manfaat bukan sahaja dari segi lokasi strategik di dalam Bandar Tengah yang akan datang, tetapi juga dari jarak yang berdekatan dengan Jurong Lake dan daerah Jurong Innovation.

Bandar Tengah akan dirancang dengan teknologi pintar di seluruh bandar dengan tumpuan pada kelestarian alam dan ruang berpaksikan komuniti turut dijadikan sebagai bandar contoh untuk gaya hidup pintar dan mampan.

Daerah Jurong Lake mentakrifkan semula bagaimana penghuninya bekerja, tinggal dan bermain dengan plaza awam yang mesra, ruang awam yang intim, kehijauan pinggir tasik yang subur manakala, daerah Jurong Lake menyasarkan untuk menempatkan perniagaan teknologi dan perkilangan digital berteknologi tinggi kepada masyarakat.

Sunway Property mempunyai jumlah baki tanah seluas 2,467 ekar dan hasil belum dibilkan hampir RM3.7 bilion setakat 31 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×