Ringgit dibuka lebih kukuh pada RM4.78 berbanding dolar

Ringgit dibuka lebih kukuh pada RM4.78 berbanding dolar

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2023 (4Q2023) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat, kata penganalisis.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.7800/7850 berbanding dolar AS, berbanding penutup semalam pada 4.7845/7885.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, KDNK 4Q2023 Malaysia berkemungkinan meningkat 3.4 peratus pada asas tahun ke tahun.

Kata beliau, pelabur sedang mencari lebih banyak petunjuk tentang bagaimana BNM akan menilai ekonomi untuk 2024, dan bagaimana ia akan diterjemahkan ke dalam dasar monetari.

Belia menjangka ringgit terus kekal dalam keadaan terlebih jual, dan berlegar di paras rintangan segeranya pada 4.79 berbanding dolar AS.

“Mungkin terdapat pengukuhan dalam ringgit pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit melemah berbanding yen Jepun kepada 3.1812/1847 daripada 3.1757/1786 semalam, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0089/0152 daripada 5.9983/6.0033, dan susut berbanding euro kepada 5.1309/1362 daripada 5.1185/1227 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia lebih rendah berbanding baht Thailand pada 13.2483/2677 berbanding 13.2366/2535, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5465/5505 berbanding 3.5441/5473 sebelumnya.

Ringgit juga tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.52/8.54, dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 306.3/306.8 daripada 306.5/307.0 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×