200,000 pengunjung ke Port Dickson sepanjang cuti persekolahan - Utusan Malaysia

200,000 pengunjung ke Port Dickson sepanjang cuti persekolahan

NICOLE Tan Lee Koon (tiga dari kanan) bergambar kenangan selepas merasmikan Program Malam Aspirasi Kebudayaan dan Kesenian Pesona Port Dickson, di Dataran Seri Kemang, Telok Kemang, Port Dickson semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tarikan pelbagai produk pelancongan termasuk 11 pantai peranginan dijangka dapat menarik kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung ke daerah ini sepanjang cuti persekolahan ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, sasaran itu ditetapkan termasuk bersempena Program Cuti-cuti Pesona PD yang berlangsung sejak 9 Februari lalu sehingga 3 Mac ini.

Menurut beliau lagi, sasaran itu juga boleh dicapai selepas terdapat peningkatan kehadiran sebanyak 53.9 peratus pelancong dari negara China ke negara sempena Tahun Baharu Cina.

“Saya pasti Negeri Sembilan khususnya di kawasan Port Dickson turut akan menerima tempias kedatangan pelancong dari China dan seterusnya dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah ini. 

“Ia tidak mustahil kerana setiap hari ada 20 hingga 25 buah bas pelancong memang ada peningkatan pelancong tempatan, domestik dan luar negara di sini apatah lagi dengan terdapat kira-kira 100 tarikan dan produk pelancongan di Port Dickson,” katanya pemberita selepas merasmikan Program Malam Aspirasi Kebudayaan dan Kesenian Pesona Port Dickson, di Dataran Seri Kemang, Telok Kemang di sini malam semalam.

Nicole Tan dalam pada itu berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang usaha daripada pihak swasta untuk melaksanakan pelbagai program bagi mempromosikan daerah Port Dickson sebagai tempat pelancongan menarik.

“Komuniti setempat juga diharap akan bersama-sama dengan kerajaan Negeri dalam menganjurkan aktiviti secara sukarela atas inisiatif sendiri untuk menjaga kebersihan serta kecantikan pantai di negeri ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×