Lelaki warga asing pecah cermin kereta ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing pecah cermin kereta ditahan

SEORANG lelaki warga asing ditahan kerana disyaki memecahkan cermin kenderaan lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang bertindak memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6, Lebuhraya Utara-Selatan menghala arah utara, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, suspek yang  berusia dalam lingkungan 40-an ditahan di Genting Highlands, Pahang pada pukul 3.30 pagi tadi dan kenderaannya turut disita.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, polis memaklumkan telah menerima laporan tentang seorang lelaki warga asing bertindak melakukan khianat dengan merosakkan cermin kenderaan individu lain.

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca disebabkan suspek tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang daripada menggunakan laluan kecemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini