KPN buat lawatan mengejut ke DCC IPD Kajang - Utusan Malaysia

KPN buat lawatan mengejut ke DCC IPD Kajang

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melakukan lawatan mengejut bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan di Pusat

Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi, beliau yang mengenakan pakaian kasual itu tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring.

Memuatkan artikel berkaitan…

Razarudin dilihat memeriksa log tugasan, selain memberikan nasihat serta teguran kepada pegawai dan anggota yang bertugas.

Beliau turut mengingatkan mereka untuk sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, disamping mengutamakan keselamatan diri ketika bertugas.

“Selamat bertugas kepada semua, bertugas dengan baik, jaga keselamatan, jaga diri. Jaga harta kerajaan juga, selain untuk jaga masyarakat,” katanya menerusi radio mudah alih pegangan tangan atau walkie-talkie kepada semua petugas PDRM IPD Kajang di lapangan.

Turut kelihatan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini