Harus seimbang dalam tangani rasuah dan kos hidup

Harus seimbang dalam tangani rasuah dan kos hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menyeimbangi usaha menangani rasuah dan peningkatan kos sara hidup bagi mencapai matlamat jangka panjang.

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, keseimbangan kedua-dua aspek itu penting supaya kebajikan rakyat terus mendapat keutamaan selain memperbetulkan gejala rasuah yang berlaku di negara ini.

Katanya, kerajaan dilihat seperti menyasarkan individu yang tidak sehaluan dengan kerajaan, sekali gus dipersoal oleh rakyat seperti kerajaanseolah-olah ‘berat sebelah’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya akhirnya apa yang kita lakukan adalah mengutamakan kebajikan rakyat sama ada keadahnya adalah antirasuah atau usaha mempesatkan projek yang ada. Semua kaedah itu boleh diguna pakai.

“Namun dalam waktu sekarang, rakyat rasa terdesak sebab tidak banyak kesan yang dirasai. Rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup, kekurangan peluang pekerjaan, ekonomi nampaknya tidak berapa stabil dan mewujudkan kerisauan.

“Dalam isu mengatasi rasuah pula, kerajaan seolaholah pilih kasih dan hanya mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan disiasat, padahal mereka yang dekat dengan kerajaan juga tidak patut dilepaskan. Jadi ini persepsi yang harus diatasi kerajaan. Kalau tidak, rakyat tidak akan yakin dengan siasatan yang
dibuat untuk mencapai keadilan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Beliau mengulas mengenai pencapaian lebih setahun

Kerajaan Perpaduan dan beberapa pelan yang dibuat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tian Chua turut menjelaskan, kerajaan perlu lebih terbuka menerima kritikan selaras prinsip demokrasi yang diamalkan bagi tujuan penambahbaikan.

“Kritikan terhadap kerajaan itu biasa. Bagi saya, respon yang sepatutnya ialah kita menerima apa sahaja kritikan, dan sama ada kritikan itu betul atau tidak ia akan dinilai melalui tindakan.

“Kerajaan tidak perlu terlalu risau dan harus menjadi lebih responsif kepada kritikan yang dibuat.

“Yang penting adalah pelan tindakan dan penilaian. Malah kerajaan harus tahu kritikan ini tidak akan berhenti. Sebab itu kerajaan harus belajar menerima kritikan, bukannya respon kembali atau memberi amaran kerana ia tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Sama ada kerajaan itu diterima atau tidak, ia akan dinilai dalam masa lima tahun akan datang.

“Sebagai kerajaan juga, kita tidak boleh terus mengharapkan pujian semata-mata kerana kritikan itu juga selaras dengan (prinsip) demokrasi di negara kita,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini