THT capai kemenangan pertama, belasah Liaoning 5-2

THT capai kemenangan pertama, belasah Liaoning 5-2

Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Arif Syafie Ishak (jersi hitam) cuba menghalang pukulan pemain Liaoning dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 petang tadi. (FOTO: ihsan MHC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki Terengganu (THT) berjaya mencatat kemenangan sulung apabila menang 5-2 ke atas pasukan jemputan dari China, Liaoning Men’s Hockey Team dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini petang tadi.

THT beraksi cemerlang dengan memanfaatkan peluang apabila menjaringkan gol pertama menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook seawal minit pertama.

Tidak lama sejurus itu, Liaoning garang membalas gol THT menerusi hasil jaringan pukulan sudut Dong Yang pada minit ke-5.

Liaoning meneruskan kemaraan apabila Yang Peng meledak gol kedua buat pasukannya pada minit ke-14 menerusi pukulan sudut.

THT terus menunjuk aksi yang meyakinkan apabila menyamai kedudukan menerusi hasil jaringan Ismail Abu pada minit ke-21.

Penyokong THT terus ceria apabila Faizal Saari bangkit menyumbat gol pada minit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula, Akhimullah sekali lagi menjaringkan gol kedua buatnya harini menerusi pukulan sudut pada minit ke-45.

Liaoning yang selesa mendahului dua gol sebelum ini, kelihatan sugul apabila Faizal sekali lagi merobek gawang lawan melalui pukulan sudut pada minit ke-54 sebelum tamat masa permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×