10 pangkalan haram dikesan aktif di Tanah Merah

10 pangkalan haram dikesan aktif di Tanah Merah

MOHD. Haki Hasbullah (dua kiri) menunjukan peta penugasan pihaknya semasa sidang sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Sebanyak 10 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di  sini dikenal pasti aktif dengan aktiviti jenayah rentas sempadan terutama kerja-kerja penyeludupan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya sentiasa memperketatkan kawalan bagi memastikan jenayah rentas dikekang dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, penugasan itu melibatkan kawasan sejauh 18 kilometer bermula dari Lalang Pepuyu sehingga Ayer Lanas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya terdapat 24 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di sini, namun yang aktif hanya 10 sahaja.

“Usaha itu bagi membanteras jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), dadah, senjata api, kontraban dan sebagainya,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, rondaan secara berkala sentiasa dijalankan bagi memastikan kawalan sempadan negara berada pada tahap terbaik.

Katanya, IPD Tanah Merah masa sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan.

“Kami mengambil serius itu berkait jenayah rentas semapadan yang dibimbangi oleh memberikan impak tidak baik kepada keselamatan negara,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Haki berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar intergriti pasukan.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan kepada anggota atau pegawai bertugas selari dengan saranan pucuk pimpinan pasukan yang meletakan integriti pasukan pada tahap tertinggi.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×