Ambil manfaat daripada keindahan alam ciptaan Allah

Ambil manfaat daripada keindahan alam ciptaan Allah

SYUKURILAH nikmat kurniaan Allah SWT dengan memelihara alam ciptaan-Nya sebaik mungkin untuk diwarisi generasi akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ALAM ciptaan Allah SWT sangat unik dan menarik untuk direnung dan dihayati bersama agar membangkitkan rasa keinsafan dan ketenangan dalam jiwa. Penerokaan tabiat alam seperti bukit bukau, hutan belantara, tumbuhan menghijau, alor denai dan sungai sangat memberikan inspirasi kepada insan untuk terus memelihara keindahan agar sentiasa kekal terpelihara dan menjadi manfaat besar buat manusia.

Bagi sebahagian insan yang inginkan kedamaian dan keindahan jauh dari kebisingan dan kesibukan bandar, maka boleh mencuba mendapatkan sentuhan alam dengan meneroka kehidupan hijau dan menikmati udara yang segar.

Selain itu, bukit bukau memberikan pengalaman baharu bagi yang ingin meneroka sumber khazanah alam yang memberikan pelbagai ilmu terkait dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan kecil yang mampu menjadikan manusia sentiasa berfikir untuk menghasilkan pelbagai penemuan ubat-ubatan dan rawatan sebagai penawar bagi pelbagai penyakit. Hal ini disebabkan kewujudan pelbagai spesis flora dan fauna yang dijumpai dapat dijadikan bahan kajian bagi manfaat manusia.

Kejernihan air sungai mahupun air bukit yang kelihatan tenang dan mengalir dengan irama yang sangat asyik mendatangkan ketenangan dalam keadaan suasana damai. Air yang mengalir dari sungai, bukit, laut ataupun lainnya memberikan pelbagai manfaat untuk manusia, haiwan dan tumbuhan.

Jika kita merenung keindahan alam dengan hati yang ikhlas, pastinya ia memberi banyak manfaat. Syukurilah nikmat kurniaan Allah SWT dengan memelihara alam ciptaan-Nya sebaik mungkin untuk diwarisi generasi akan datang.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×