Bank Muamalat perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat  - Utusan Malaysia

Bank Muamalat perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen #GengSubuhMacamJumaat cetusan selebriti serba boleh, Alif Satar diperluaskan di seluruh negara oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, program tersebut  diteruskan   kerana dilihat dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak.

“Dengan komitmen untuk mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’, Bank Muamalat  bercadang memperluaskan program #GengSubuhMacamJumaat ke negeri-negeri lain,” katanya dalam  kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Alif yang juga  pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz  telah mewujudkan ‘gelombang’ dan fenomena luar biasa apabila jemaah pelbagai lapisan umur memenuhi ruang solat pada waktu Subuh seperti  Solat Jumaat.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyarankan  ahli jawatankuasa masjid untuk terus mempelbagaikan aktiviti bagi mengimarahkan masjid supaya gelombang ‘Solat Subuh Macam Jumaat’ tidak terhenti.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, program tersebut kini  diteruskan Bank Bank Muamalat di empat  negeri sejak Sabtu lalu iaitu di Selangor, Kelantan, Melaka dan Pahang.

“Sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh, Bank Muamalat komited untuk menjadi  bank pertama yang menyambut usaha murni melalui program tanggungjawab sosial korporat yang giat kami jalankan di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×