Keluarga Mohd. Hafiz maut didakwa diserang polis tuntut keadilan

Keluarga Mohd. Hafiz maut didakwa diserang polis tuntut keadilan

TANGKAP layar video tular memaparkan seorang lelaki yang didakwa diserang sekumpulan anggota polis di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keluarga kepada Mohd. Hafiz Salleh yang meninggal dunia kerana didakwa diserang sekumpulan anggota polis kira-kira seminggu lalu menuntut pembelaan ke atas kematian lelaki tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang adik mangsa, Salwana mengesahkan kematian abangnya yang didakwa diserang ketika ditahan polis di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Isnin lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian terbabit selepas video kejadian kini tular.

“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya menerusi Facebook miliknya.

Jenazah Mohd. Hafiz selamat dikebumikan di Langkawi, kelmarin setelah proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini selesai.

Sejak beberapa hari lalu tular video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dengan cara yang dianggap keterlaluan.

Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa kejadian itu berlaku semasa serbuan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Langkawi di stesen minyak pada 29 Januari lalu.

“Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain serta terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana koma.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan masih belum diterima sehingga kini, namun difahamkan Polis Kedah akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×