PETALING JAYA: PRISM+ jenama elektronik terkenal mengumumkan pembukaan terbesar cawangan ketujuhnya di AEON Mall Tebrau City dan menawarkan tawaran kedai eksklusif kepada 50 pelanggan pertama dengan diskaun bernilai sehingga RM500 untuk TV dan monitornya.
Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam dalam kenyataan berkata, cawangan itu terletak di unit tingkat satu F67&68, AEON Mall Tebrau City dan mempunyai keluasan 1,326 kaki persegi.
Jelas beliau, seramai 50 pelanggan pertama akan mendapat promosi harga istimewa barangan seperti PRISM+ Q55QE-A 55″ 4K Google TV pada harga RM1,499 dan PRISM+ Q65QE 65″ 4K Android TV hanya RM2,099 serta X340 PRO 100Hz 34″ Ultrawide Curved Productivity Monitor pada hanya RM1,149.
Selain itu, beliau menambah, X490 49″ Ultrawide Curved Gaming Monitor ditawarkan pada harga RM2,499 dan X270 180Hz 27″ Curved Gaming Monitor berharga RM599.
Menurut beliau, pembukaan cawangan PRISM+ itu bertujuan meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggannya.
“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kedai terbesar kami di AEON Mall Tebrau City yang menandakan peristiwa penting bagi PRISM+.
“Dalam masa yang sama, kami berusaha ke arah memenuhi keperluan penonton Malaysia dengan lebih baik pada masa membeli-belah runcit luar talian kembali ke hadapan,” katanya. – UTUSAN










