Pelabur asing jual bersih RM66.3 juta ekuiti minggu lalu

Pelabur asing jual bersih RM66.3 juta ekuiti minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing terus mencatatkan jualan bersih ekuiti di Bursa Malaysia berjumlah RM66.3 juta minggu lepas, 28.8 peratus lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 19 Januari berkata, ini disebabkan jualan bersih pada hari Rabu dan Khamis namun, hari belian bersih mengatasi jualan bersih.

Katanya, pelabur ini menjual bersih RM39.0 juta pada Rabu dan RM190.0 juta pada Khamis manakala mereka membeli bersih RM15.8 juta pada Isnin, RM93.7 juta pada Selasa dan RM53.3 juta pada Jumaat.

“Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM135.1 juta), pembinaan (RM114.6 juta) dan hartanah (RM51.2 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM129 .2 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM64.8 juta) dan produk dan perkhidmatan perindustrian (RM61.8 juta),” katanya di sini, semalam.

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan meneruskan belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada RM214.7 juta, lebih dua kali ganda jumlah yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Menurutnya, mereka bersih membeli RM36.7 juta pada Isnin, RM38.4 juta pada Rabu dan RM222.1 juta pada Khamis dan menjual bersih sebanyak RM67.3 juta pada Selasa dan RM15.2 juta pada Jumaat.

“Peruncit tempatan bersih menjual ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut berjumlah RM148.4 juta.

“Mereka menjual bersih setiap hari dalam minggu lepas kecuali pada Rabu apabila mereka bersih membeli RM0.7 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 1.9 peratus manakala pelabur runcit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 4.6 peratus dan 4.0 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×