Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah, di tengah-tengah ketidaktentuan mengelilingi laluan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.02 mata kepada 1,489.19 berbanding 1,491.21 penutup Rabu.

Indeks barometer dibuka 2.72 mata lebih rendah kepada 1,488.49.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 179 berbanding 102, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,735 lagi tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 262.19 juta unit bernilai RM89.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, Wall Street semalaman ditutup lebih rendah berikutan data jualan runcit yang lebih kukuh daripada jangkaan bagi Disember.

Ia menunjukkan ekonomi yang berdaya tahan, meletakkan sebarang harapan untuk kadar faedah yang lebih rendah tertangguh buat masa ini.

Beliau berkata, berikutan itu, hasil 10 tahun AS mengenepi lebih tinggi pada 4.106 peratus apabila Purata Perindustrian Dow Jones kehilangan 94 mata dan Nasdaq jatuh 89 mata.

Katanya, FBM KLCI juga lemah di tengah-tengah penurunan jualan yang meluas dalam kalangan pasaran serantau.

“Namun begitu, indeks penanda aras tempatan berjaya menutup paras terendah dalam sehari berikutan beberapa aktiviti murah.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,490 hingga 1,500 mata dengan kecenderungan menurun terhadap kebimbangan semasa di China dan data ekonomi AS.

“Sementara itu, penurunan mendadak baru-baru ini dalam kalangan pasaran bermodal kecil juga boleh menjejaskan penyertaan sektor runcit dalam pasaran jangka pendek,” katanya.

Dalam saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd. susut dua sen kepada RM9.03, Public Bank Bhd. susut satu sen kepada RM4.34. CIMB Group Holdings Bhd. pula susut enam sen kepada RM5.97, Tenaga Nasional Bhd. turun 12 sen RM10.32, manakala Petronas Chemicals Group naik tiga sen pada RM6.79.

Daripada saham aktif, Artroniq Bhd. turun 28.5 sen kepada 21 sen, Mercury Securities Group Bhd. susut 6.5 sen kepada 39 sen. Sementara itu, Minetech Resources Bhd. naik setengah sen kepada 17.5 sen, Pestech International Bhd. menambah 1.5 sen kepada 31.5 sen, manakala Leform. Bhd tidak berubah pada 17.5 sen.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×