20 ekor gajah liar takutkan Orang Asli di Kampung Tekal

20 ekor gajah liar takutkan Orang Asli di Kampung Tekal

gajah
SEORANG penduduk menunjukkan pokok pinang yang ditumbangkan serta dirosakkan kawanan gajah liar di Kampung Tekal di Cameron Highlands, Pahang. - FOTO/IHSAN PENDUDUK KAMPUNG TEKAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Penduduk Orang Asli di Kampung Tekal di sini terus dihantui kawanan gajah liar yang kerap masuk ke penempatan penduduk untuk mencari makan.

Terbaharu, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam hingga awal pagi semalam, kira-kira 20 ekor gajah liar menceroboh kampung itu sekali gus mengejutkan Orang Asli yang sedang tidur.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Orang Asli Tekal, Cik Ahmat, 50, berkata, penduduk bergegas bangun dan bertenang agar tidak menganggu gajah-gajah berkenaan.

“Bunyi berselang seli batang, dahan serta daun pokok dipatahkan serta dipijak agak kuat menyebabkan penduduk gempar, tetapi kami masih berwaspada,” katanya di Kampung Tekal di sini semalam.

Menurut Cik Ahmat, sejak beberapa tahun lalu kejadian itu semakin kerap dan sasaran haiwan liar itu untuk mencari makanan seperti pokok pisang, pokok kelapa dan tumbuhan lain yang boleh dimakan.

“Pagi ini (semalam) saya meninjau kawasan berdekatan rumah mendapati sebahagian pokok buluh, pokok pinang dirosakkan dan sebahagiannya dimakan haiwan terbabit,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zubir Muhamad, 50, berkata, gangguan gajah sudah lumrah.

“Cuma penduduk gempar kerana gajah masuk pada waktu malam dan ramai bimbang kemungkinan gajah menghampiri kediaman kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×