Tasneem perbaharui produk

Tasneem perbaharui produk

AHMAD Rafizal (dua dari kiri) dalam satu majlis pelancaran berkaitan produk syarikatnya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar produk bayi di bawah jenama Tasneem Naturel, Tasneem Business Legacy  memperkenalkan pembaharuan sembilan produk keluaran jenama terbabit.

Pengasas syarikat, Ahmad Rafizal Rafie berkata, usaha tersebut bukan hanya melibatkan penambahbaikan bahan, tetapi juga peralihan kepada pembekal dan pengilang yang lebih berkualiti tinggi serta berkomitmen terhadap bahan-bahan semulajadi yang selamat.

Katanya, usaha tersebut juga merupakan langkah penelitian yang diambil secara menyeluruh terhadap kualiti bahan, vendor, pembekal dan pengilang.

“Di samping itu, ia merupakan inisiatif kolaborasi dengan rakan kongsi baru yang menepati standard audit ketat dengan pengesahan Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), halal dan pensijilan ISO.

“Malah kami mementingkan penggunaan bahan semulajadi bagi memastikan bayi mendapatkan produk yang selamat dan memberi manfaat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara produk yang diperbaharui termasuk CF Rub, Trub, Sleeptime, CalmTime, Skeenz, Stommy Oil, Resty Oil, CF Bath, dan Mandian Jaunys.

Katanya Ahmad Rafizal, pihaknya juga yakin bahawa perubahan ini akan membawa peningkatan signifikan dalam kualiti dan keberkesanan produk dengan  memastikan keselamatan dan kesejahteraan bayi.

Dalam pada itu, Ahmad Rafizal berkata, pihaknya bakal mengembangkan sayap perniagaan ke Indonesia pada tahun ini.

Menurutnya, usaha dilaksanakan  bagi meluaskan rangkaian pasarannya ke peringkat antarabangsa dengan lebih aktif selepas menerima permintaan dan tempahan menggalakkan daripada negara berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×