PRU-15 semakin hampir? - Utusan Malaysia

PRU-15 semakin hampir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bahang Pi­li­han Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin dirasai apa­bila persediaan untuk menghadapinya sedang giat dijalankan.

Bulan lalu, dua pe­keliling dikeluarkan iaitu su­rat bertarikh 5 Julai oleh Kementerian Pendidikan ke­pada pengetua dan guru besar sekolah di dalam Daerah Larut Matang dan Selama, Pe­rak yang menyatakan Pe­jabat Pilihan Raya Negeri Pe­rak sedang membuat persiapan untuk PRU-15.

Surat tersebut yang tular menyatakan Majlis Perbandaran Taiping mempe­lawa warga sekolah bertugas di tempat-tempat mengundi bagi Parlimen Taiping meliputi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kamunting, Po­kok Assam dan Aulong.

Sekeping lagi surat yang tular bagi tujuan sama dikeluarkan Pejabat Daerah Besut kepada pengetua dan guru besar di daerah berkenaan pada 29 Julai lalu.

Terdapat 1,491 kekosongan jawatan untuk PRU-15 seperti dinyatakan surat berkenaan yang mana taklimat kepada petugas akan diadakan selepas pelantikan dibuat.

Ura-ura mengatakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat semakin bertiup kencang susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu.

Malah, keadaan politik semasa yang kian meruncing dengan pelbagai isu menyebabkan banyak pihak mencadangkan agar PRU-15 dijalankan se-rentak dengan PRN Sabah dan Sarawak.

PRN Sarawak Ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 yang mana tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah Julai tahun depan.

PRU-14 yang diadakan Mei 2018 menyaksikan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dipertandingkan untuk dipilih oleh 14.9 juta pengundi seluruh negara.

Keputusan PRU-14 me-nyaksikan perubahan landskap politik negara apabila buat pertama kalinya selepas lebih enam dekad Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan kuasa mereka apabila hanya memperoleh 79 kerusi.

Pada pilihan raya tersebut, Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×